Resepi Ayam Jagung Manis

Bahan-Bahan

4 ketul peha ayam
75 gram mentega
Garam dan serbuk lada sulah
Sebiji lemon (potong menjadi lapan hiris)
Daun pasli untuk hiasan

Bahan Untuk Sos

25 gram mentega
1 biji bawang besar (dicincang)
1 tin jagung manis (toskan)
25 gram tepung
300 gram susu sejat
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta lumurkan dengan mentega, garam dan lada sulah.
2. Grill atau goreng hingga warna keemasan selama 15-20 minit.
3. Susun di atas pinggan dan tuang sos ke atasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun pasli.

Cara Untuk Sos

1. Cairkan mentega dan g reng bawang cincang sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan tepung.
2. Kacau perlahan-lahan dan padamkan api. Masukkan susu sejat.
3. Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

 

Resepi Pisang Goreng Cheese

Bahan-Bahan Untuk Pisang Goreng
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
1 sudu butter
Secubit garam
Perwarna kuning atau serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

Bahan-Bahan Untuk Topping
Keju Cheddar (diparut)
1 sudu kecil susu pekat manis
1 sudu kecil butter

Cara Penyediaan
1.Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan 1 sudu butter di dalam bancuhan tepung serta sedikit garam.
2.Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan(deep fry).
3.Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:

500gram Daging Salai
1 biji Mangga Muda
1500ml santan
20 biji cili api
1 inci kunyit
Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

1. Daging salai dihiris nipis.
2. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk memastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
4. Apabila daging telah empuk, masukkan santan dan garam.
5. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnya. 6. Masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejap. Tutup api.

Resepi Mee Kolok

BAHAN-BAHAN

1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa

HIASAN – Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  2. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut. Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis). Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
  3. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

 

Resepi Melayu Nusantara: BAKSO

Bahan-Bahan
½ kilogram daging cincang
3 ulas bawang putih dan dihiris
50 gram tepung sagu
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur

Sediakan
1 mangkuk besar air mendidih
1 mangkuk air sejuk/air ais

Cara Penyediaan Bakso

1. Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan senduk sampai mesra dan tidak melekat.

2. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari.

3. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung.

4. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

Kuah Bakso
1. Sediakan air rebusan daging.

2. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa.

3. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Sajian
1. Sediakan mangkuk berisi mee kuning atau bihun yang sudah direbus.

2. tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.

Resepi Bihun Sup

Bahan-Bahan

600 gram tulang daging
300 gram taugeh
600 gram bihun
158 gram kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
3 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Penyediaan

Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 sentimeter

Bersihkan tulang dan rebus bersama garam

Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi

Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan

Celur taugeh dan lobak masin. Ketepikan

Mayang bawang merah dan goreng

Goreng tauhu dan hiris nipis-nipis.

Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.

Masukkan garam dan gula, angkat dan ketepikan.

Semasa menghidang, sediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan taugeh.

Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan 1 sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong.

 

Resepi Mee Rebus Johor

Bahan-Bahan

1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah

Bahan Penumis Dikisar

2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis

Bahan Kuah

300 gram daging dan dicincang
200 gram tetel dan direbus
300 gram keledek dan direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak masak dalam periuk.
  • Tumiskan bahan penumis hingga garing.
  • Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
  • Gaulkan supaya bercampur rata.
  • Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.

 

Resepi Grilled Steak

Bahan-Bahan

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam  dan ditumbuk halus
2 ulas bawang putih

1. Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam peti sejuk. Perap semalaman sebelum daging dibakar.
2. Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Untuk Brown Sauce atau Black Pepper Sauce

1 labu bawang besar dan potong dadu
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 liter air
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (bertujuan untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam dan ditumbuk halus
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Larutkan tepung gandum dalam air hingga rata. Kemudian masukkan dalam periuk tumisan.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat.

 

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur

Bahan-Bahan

10-20 biji bendi  (potong-potong menyerong )
1 biji telur
1 sudu kecil udang kering dan ditumbuk
2 biji cili merah  dan dihiris
3 biji bawang merah dan dihiris
2 ulas bawang putih dan dihiris
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

Cara Penyediaan

1. Tumis bahan hiris hingga layu dan wangi.

2. Masukkan sos tiram dan sayur bendi.

3. Pecahkan telur di dalam kuali yang mengandungi bendi.

4. Kacau-kacaukan telur hingga hancur.

5. Goreng hingga sayur bendi layu.

6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

 

Resepi Bihun Sup Utara

Bahan A:
1 paket bihun  dan rendamkan beberapa jam
2 sudu besar kunyit

Bahan Kuah:
500 gram daging berlemak muda dan potong besar
300 gram perut
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam dan tumbuk kasar
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam
Air secukupnya

Bahan Hiasan:
Daun sup dan daun bawang dihiriskan
Bawang goreng
Cili merah dihiriskan
Limau kasturi dibelah dua

Cara Penyediaan
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging lembut.
2. Hiriskan daging sampai nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut, dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan.

SAMBAL MERAH

Bahan-Bahan:

100 gram cili kering
100 gram bawang merah dan dimesin halus
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar dimayang
3 sudu besar tomato sos
3 sudu besar cili sos
Minyak
Garam
Gula

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...