Menu Majlis Perkahwinan (Dome Service)

MENU 1

 

Nasi Beriyani Basmathi

Ayam Masak Halia

Rendang Daging Kering

Dalca Sayur + Ikan Masin

Acar Timun Carrot/Jelatah

Papadom

Buah-buahan

Minuman Emirex Citra Rasa

 

MENU 2

Nasi Tomato Basmathi

Ayam Goreng Serai

Kurma Daging + Kentang

Dalca Tulang + Pisang Muda

Acar Jelatah

Papadom

Buah-buahan

Minuman Cinta Berahi

 

MENU 3

Nasi Minyak Basmathi

Ayam Masak Kuzi  ATAU Ayam Masak Merah

Daging Masak Beryani

Dalca

Acar Rampai

Sambal Sotong

Buah-buahan

Fruit Punch

 

MENU 4

Nasi Pelangi

Ayam Masak Kuzi

Rendang Pak Akob

Dalca Sayur

Acar Jelatah

Buah-buahan

Sirap Limau

 

MENU 5

Nasi Beriyani Basmathi

Ayam Masak Beryani

Dalca Tulang

Ikan Tenggiri Sweet Sour

Buah-buahan – 2 jenis

Sirap

 

MENU 6

Nasi Hujan Panas

Nasi Putih Beras Wangi

Ayam Masak Ros

Rendang Daging

Dalca Daging

Nenas Masak Pajeri

Buah-buahan

Air Sirap Bandung

 

 

MENU 7

Nasi Beriyani Daging

Ayam Masak Beriyani

Daging Masak Merah

Dalca Tulang

Acar Buah

Buah-buahan

Kordial Sarsi

 

 

Resepi Ayam Jagung Manis

Bahan-Bahan

4 ketul peha ayam
75 gram mentega
Garam dan serbuk lada sulah
Sebiji lemon (potong menjadi lapan hiris)
Daun pasli untuk hiasan

Bahan Untuk Sos

25 gram mentega
1 biji bawang besar (dicincang)
1 tin jagung manis (toskan)
25 gram tepung
300 gram susu sejat
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta lumurkan dengan mentega, garam dan lada sulah.
2. Grill atau goreng hingga warna keemasan selama 15-20 minit.
3. Susun di atas pinggan dan tuang sos ke atasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun pasli.

Cara Untuk Sos

1. Cairkan mentega dan g reng bawang cincang sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan tepung.
2. Kacau perlahan-lahan dan padamkan api. Masukkan susu sejat.
3. Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

 

Resepi Pisang Goreng Cheese

Bahan-Bahan Untuk Pisang Goreng
1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
1 sudu butter
Secubit garam
Perwarna kuning atau serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

Bahan-Bahan Untuk Topping
Keju Cheddar (diparut)
1 sudu kecil susu pekat manis
1 sudu kecil butter

Cara Penyediaan
1.Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan 1 sudu butter di dalam bancuhan tepung serta sedikit garam.
2.Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan(deep fry).
3.Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Katerer Majlis Perkahwinan

Untuk segala pertanyaan atau tempahan, sila layari www.seleraemascatering.com.my

ATAU 

Hubungi

Selera Emas Catering (001453866-V)
68 – G, Petaling Utama Avenue,
Jalan PJS 1/50,
Taman Petaling Utama,
46150 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 6016-215 2408
Fax : 603-778 53906
Email : pertanyaan@seleraemascatering.com.my

 

Resepi AYAM GORENG Kedai Mamak

Bahan-Bahan

1 ekor ayam  (potong 4 atau 6 )
5 sudu makan pes bawang putih
5 sudu makan pes halia
5 sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 biji telur
Tepung beras secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun kari (digoreng sekejap dan tabur pada ayam)

Cara Penyedian

a.. Gaul ayam bersama pes bawang putih, pes halia, serbuk ketumbar, serbuk ketumbar dan garam hingga sebati.
b.. Perap selama 30 minit.
c.. Kemudian salutkan ayam dengan telur dan tepung beras.
d. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dalam deep fryer pada suhu 160 darjah celsius selama 15 minit atau hingga masak.
e. Angkat dan toskan. Taburkan dengan daun kari goreng  dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Mee Kolok

BAHAN-BAHAN

1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa

HIASAN – Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  2. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut. Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis). Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
  3. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

 

Resepi Melayu Nusantara: BAKSO

Bahan-Bahan
½ kilogram daging cincang
3 ulas bawang putih dan dihiris
50 gram tepung sagu
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur

Sediakan
1 mangkuk besar air mendidih
1 mangkuk air sejuk/air ais

Cara Penyediaan Bakso

1. Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan senduk sampai mesra dan tidak melekat.

2. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari.

3. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung.

4. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

Kuah Bakso
1. Sediakan air rebusan daging.

2. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa.

3. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Sajian
1. Sediakan mangkuk berisi mee kuning atau bihun yang sudah direbus.

2. tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur

Bahan-Bahan

10-20 biji bendi  (potong-potong menyerong )
1 biji telur
1 sudu kecil udang kering dan ditumbuk
2 biji cili merah  dan dihiris
3 biji bawang merah dan dihiris
2 ulas bawang putih dan dihiris
1 sudu makan sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

Cara Penyediaan

1. Tumis bahan hiris hingga layu dan wangi.

2. Masukkan sos tiram dan sayur bendi.

3. Pecahkan telur di dalam kuali yang mengandungi bendi.

4. Kacau-kacaukan telur hingga hancur.

5. Goreng hingga sayur bendi layu.

6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

 

Resepi Bihun Sup Utara

Bahan A:
1 paket bihun  dan rendamkan beberapa jam
2 sudu besar kunyit

Bahan Kuah:
500 gram daging berlemak muda dan potong besar
300 gram perut
1 bungkus rempah bunjut
2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam dan tumbuk kasar
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam
Air secukupnya

Bahan Hiasan:
Daun sup dan daun bawang dihiriskan
Bawang goreng
Cili merah dihiriskan
Limau kasturi dibelah dua

Cara Penyediaan
1. Rebuskan bahan kuah sehingga daging lembut.
2. Hiriskan daging sampai nipis.
3. Celurkan bihun supaya lembut, dan toskan.
4. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
5. Hidangkan.

SAMBAL MERAH

Bahan-Bahan:

100 gram cili kering
100 gram bawang merah dan dimesin halus
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar dimayang
3 sudu besar tomato sos
3 sudu besar cili sos
Minyak
Garam
Gula

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.

 

Resepi Asam Laksa

Bahan-Bahan

  • 500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
  • 1 biji timun dihiris panjang-panjang
  • 3 biji telur rebus – potong 4 setiap satu
  • 4 biji limau kasturi – potong-potong
  • 1 bawang besar dimayang
  • Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
  • *8 keping asam keping
  • 2 tangkai daun kesum
  • 1/2 bunga kantan
  • Bahan Kisar:
  • 8-10 cili kering (ikut pedas masing-masing)
  • 2.5cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Ikan yang direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
  2. Isi ikan dikisar.
  3. Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan-bahan kisar yang lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa, dan bolehlah dihidangkan.
  5. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi, jika anda suka pedas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...