Petua Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Sungai

 

  1. Siang ikan dahulu dan rendamkan ke dalam air garam selama 15 minit. Gunakan garam kasar. Kemudian cuci dengan air bersih.
  2. Gaul ikan dengan sedikit tepung gandum, asam jawa dan garam. Biarkan sekejap dan cuci menggunakan air biasa.

Ayam Kepak Masak Minyak Bijan

Bahan- Bahan:

Beberapa ketul kepak ayam atau drumstick  

Sesame oil/Minyak bijan

Serbuk lada hitam

Fish Sauce atau Sos Ikan

Bawang putih 5 ulas (Potong nipis-nipis)

Sos tiram

Cara Memasak: 

1. Lumurkan ketul-ketul  ayam dengan minyak bijan, sos tiram, sos ikan (secukup rasa).  Campurkan bawang putih yang dihiris.  Perapkan lebih kurang 1 jam.

2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 

3. Panaskan oven, masukkan dalam oven lebih kurang 30 minit.  Setiap 10 minit hendaklah ditambah sos ikan terhadap ketul ayam terhadap.

 

Petua Untuk Membersihkan Isi Kupang/Kerang/Lala/Kepah

Untuk mengelakkan kupang berpasir ketika dimasak, rendamkan selama 15 minit dengan air biasa. Selepas itu, toskan dan masaklah seperti biasa. Isi kupang akan menjadi bersih dan tidak berpasir. Petua ini juga boleh diaplikasikan pada kerang, lala dan kepah.

Petua Untuk Cili Mesin Boleh Tahan Lama

Cili kering yang telah dimesin jika mahu disimpan lebih lama di dalam peti sejuk supaya tidak bercendawan,  ia hendaklah dipanaskan setelah dimesin dan  masukkan sedikit garam halus. Panaskan hingga kering airnya. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas bertutup dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Menu Majlis Perkahwinan (Dome Service)

MENU 1

 

Nasi Beriyani Basmathi

Ayam Masak Halia

Rendang Daging Kering

Dalca Sayur + Ikan Masin

Acar Timun Carrot/Jelatah

Papadom

Buah-buahan

Minuman Emirex Citra Rasa

 

MENU 2

Nasi Tomato Basmathi

Ayam Goreng Serai

Kurma Daging + Kentang

Dalca Tulang + Pisang Muda

Acar Jelatah

Papadom

Buah-buahan

Minuman Cinta Berahi

 

MENU 3

Nasi Minyak Basmathi

Ayam Masak Kuzi  ATAU Ayam Masak Merah

Daging Masak Beryani

Dalca

Acar Rampai

Sambal Sotong

Buah-buahan

Fruit Punch

 

MENU 4

Nasi Pelangi

Ayam Masak Kuzi

Rendang Pak Akob

Dalca Sayur

Acar Jelatah

Buah-buahan

Sirap Limau

 

MENU 5

Nasi Beriyani Basmathi

Ayam Masak Beryani

Dalca Tulang

Ikan Tenggiri Sweet Sour

Buah-buahan – 2 jenis

Sirap

 

MENU 6

Nasi Hujan Panas

Nasi Putih Beras Wangi

Ayam Masak Ros

Rendang Daging

Dalca Daging

Nenas Masak Pajeri

Buah-buahan

Air Sirap Bandung

 

 

MENU 7

Nasi Beriyani Daging

Ayam Masak Beriyani

Daging Masak Merah

Dalca Tulang

Acar Buah

Buah-buahan

Kordial Sarsi

 

 

Resepi Ayam Jagung Manis

Bahan-Bahan

4 ketul peha ayam
75 gram mentega
Garam dan serbuk lada sulah
Sebiji lemon (potong menjadi lapan hiris)
Daun pasli untuk hiasan

Bahan Untuk Sos

25 gram mentega
1 biji bawang besar (dicincang)
1 tin jagung manis (toskan)
25 gram tepung
300 gram susu sejat
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta lumurkan dengan mentega, garam dan lada sulah.
2. Grill atau goreng hingga warna keemasan selama 15-20 minit.
3. Susun di atas pinggan dan tuang sos ke atasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun pasli.

Cara Untuk Sos

1. Cairkan mentega dan g reng bawang cincang sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan tepung.
2. Kacau perlahan-lahan dan padamkan api. Masukkan susu sejat.
3. Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

 

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:

500gram Daging Salai
1 biji Mangga Muda
1500ml santan
20 biji cili api
1 inci kunyit
Garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

1. Daging salai dihiris nipis.
2. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk memastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
4. Apabila daging telah empuk, masukkan santan dan garam.
5. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnya. 6. Masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejap. Tutup api.

Resepi Udang Goreng Mentega

Bahan-Bahan

·         12 ekor udang saiz besar

·         2 sudu butter

·         3 biji kuning telur

·         Sedikit daun kari – letak 2 tangkai

·         Sedikit cili padi – letak 5 biji di potong serong

·         Serbuk kunyit dan Garam

·         Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan

  1. Lumur udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Apabila sudah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, biarkan minyak di kuali anggaran dalam 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
  4. Sementara itu, kacau-kacau telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api apabila minyak betul-betul panas. Dengan menggunakan kedua-dua tangan anda, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning), tangan kanan pegang garfu. Tuangkan perlahan-lahan telur sambil tangan kanan mengacau dalam bentuk pusingan. Biarkan ia bertali-tali.
  5. Apabila sudah selesai, angkat telur dan toskan tapis untuk membuang minyak berlebihan. Seterusnya, tos di atas kertas serap minyak (tisu dapur)
  6. Kemudian, campurkan udang dan telur, dan hidangkan.

 

JUS Buah Asam Untuk Pesakit Gout

Bahan-Bahan
a) 100 gram buah asam  b) 50 mililiter air

Cara Penyediaan
1. Buah asam dikupas dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar dan dicampurkan dengan air. Bagi mengurangkan rasa masam, campurkan sedikit madu di dalam jus tersebut.
2. Jus ini hanya diminum sehari sekali sahaja, 2 – 3 jam selepas makan pagi atau petang.

Resepi Mee Rebus Johor

Bahan-Bahan

1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah

Bahan Penumis Dikisar

2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis

Bahan Kuah

300 gram daging dan dicincang
200 gram tetel dan direbus
300 gram keledek dan direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak masak dalam periuk.
  • Tumiskan bahan penumis hingga garing.
  • Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
  • Gaulkan supaya bercampur rata.
  • Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...