Petua Untuk Hilangkan Hanyir Ikan Sungai

 

  1. Siang ikan dahulu dan rendamkan ke dalam air garam selama 15 minit. Gunakan garam kasar. Kemudian cuci dengan air bersih.
  2. Gaul ikan dengan sedikit tepung gandum, asam jawa dan garam. Biarkan sekejap dan cuci menggunakan air biasa.

Petua Untuk Menyimpan Cendawan Lebih Lama

Cendawan yang dibeli di pasar biasanya dipaket di dalam plastik. Jika anda hanya pergi ke pasar seminggu atau 2 minggu sekali, sukar menyimpannya kerana ia mudah busuk. Oleh itu, selepas membeli cendawan keluarkan dari plastiknya dan elakkan ia terkena air. Bungkus cendawan itu dengan kertas surat khabar dan simpan di dalam peti sejuk. Jika disimpan di dalam plastik, cendawan itu akan bernafas dan mengeluarkan air dan menyebabkan ia membusuk. Jika dibalut dengan kertas akhbar, cendawan itu gagal bernafas dan ia akan tahan lebih lama iaitu kira-kira 5 hingga ke 7 hari.

Petua Untuk Melembutkan Ayam Kampung

Apabila memasak gulai ayam kampung cara untuk melembutkan ialah dengan memasukkan 4 biji kurma ke dalam gulai. Apabila masak, daging ayam akan  menjadi lembut.

Petua Untuk Mudah Menyiang Ikan

Bersihkan ikan tersebut dan rendam bersama-sama sedikit garam dan asam keping. Biarkan ia semalaman di dalam peti sejuk dan keluarkan apabila mahu memasaknya. Sisik ikan itu akan lebih mudah ditanggalkan dan lembut.
 

Petua Menyimpan Perkakas Dapur

Perkakas-perkakas dapur seperti sudu, garpu dan sebagainya boleh berkarat kalau disimpan lama.  Sebelum anda menyimpannya pastikan ia dicuci, dan dikeringkan dahulu sehingga ianya betul-betul kering. Kemudian sapukan sedikit minyak kelapa hingga rata dan bungkuslah dengan menggunakan kain atau kertas yang bersih.

 

Petua Untuk Elakkan Potongan Buah Jadi Lebam

Petua 1 – Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. limau nipis mampu untuk mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.

Petua 2 – Masukkan atau rendam potongan buah ke dalam air yang di campur susu serbuk.

Petua Untuk Mengupas Kentang

1.  Rendam kentang dalam air garam pada sebelah malam.

2. Pada pagi esoknya kupaslah kentang itu dengan tangan. Kulit kentang dengan mudah terpisah dari isinya.

 

Petua Untuk Mencuci Blender


a. Masukkan sedikit air dan  bahan pencuci ke dalam blender/mixer.
b. Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut.
c. ON blender/mixer sehingga beberapa ketika.
d. Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda ON blender/mixer tersebut. Ia berperanan sebagai pemberus bagi mencuci blender anda.

Petua Untuk Mudah Cuci Kuali

Selalunya apabila kita menggunakan kuali baru, makanan akan melekat terutamanya sewaktu kita menggoreng. Apabila melekat amat sukar untuk dibersihkan. Anda masukkan air ke dalam kuali tersebut dan campurkan dengan sedikit cuka. Masak dengan menggunakan api perlahan sehingga air mendidih.  Biarkan sejuk dan kemudian basuh kuali seperti biasa. Selepas itu, anda boleh menggunakan kuali seperti biasa dan makanan yang dimasak tidak akan mudah melekat pada kuali baru itu.

Petua Cuci Kerak Periuk

Kerak pada periuk memang susah untuk dibersihkan.  Biasanya anda perlu menggosok dengan kuat dan berkali-kali agar kerak itu dapat ditanggalkan.  Ambil kulit ubi kentang, kemudian rebus kulit kentang dan periuk yang ada kerak itu selama 15 minit.  Setelah air rebusan itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.  Kemudian, mudahlah untuk anda membersihkan periuk tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...